Dataran Merdeka. Sebuah Dataran tempat berkumpulnya manusia dari pelbagai ceruk di Malaysia. Tempat untuk rakyat bertemasya dengan acara yang gilang gemilang sehingga terlupa akan fungsinya selaku ruang awam yang perlu dimakmurkan.
9 hari di Dataran Merdeka.
Sudah 9 hari, tapi Dataran masih dikotorkan dengan bulu, air dan minyak yang sedikit sebanyak menyebabkan pencemaran. Kelihatan, hampir tak ada langsung usaha untuk membersihkan bulu bulu yang bersepah. Minyak dan air tidak dilap untuk menjernihkan lantai Dataran. Individu individu yang bertanggungjawab kelihatan masih lepas tangan dan tak prihatin.
Penghuni Dataran sejak 9 hari yang lepas ialah sang elitis dan sang marhaen. Dua golongan ini dilihat bersatu dalam mempertahan tapak binaan mereka di Dataran daripada gangguan beberapa agensi, baik kerajaan mahupun swasta. Serangan demi serangan yang dilakukan daripada agensi terbabit tak dapat mematahkan semangat perjuangan sang elitis dan sang marhaen ini.
Pun begitu, di balik perpaduan atau solidariti yang digembar gemburkan, tersembunyi satu hakikat yang sangat sedih. Hakikat tragis yang mungkin tak disedari atau sengaja tak diambil peduli oleh sang elitis dan sang marhaen. Kelihatan tak ada kerjasama daripada kedua dua belah pihak untuk menyelesaikan isu bulu, air dan minyak yang kian meruncing.
Bagi memudahkan pembaca, isu ini akan dipecahkan kepada dua iaitu ;
a) bulu,
b) air dan minyak.
Pertama ialah isu bulu. Sang elitis dan sang marhaen dilihat masing masing menyimpan bulu sendiri dan tak bernafsu untuk berkongsi atau menyatukan bulu. Hal ini sangat menyedihkan apabila kedua dua kumpulan ini pada umumnya, berkongsi ruang yang sama tapi ia hanya terhenti setakat ruang Dataran itu sahaja. Komunikasi hanya dilakukan apabila perlu dan ruang perkongsian ide tak digunakan dengan sepenuhnya.
Sang elitis dengan gaya ala korporat mereka manakala sang marhaen dengan gaya konsulnya. Walau berbeza gaya, kedua duanya sama sama bernaung di bawah satu panji asasi. Mengapa? Mengapa panji asasi itu tak dapat menyatukan kedua dua gaya ini? Adakah kerana wujud satu stigma atau terdapat sentimen yang dimanipulasi berkenaan dengan bulu masing masing? Saya kira, persoalan itu hanya dapat dijawab oleh sang elitis dan sang marhaen sahaja.
Bagaimanapun, isu bulu ini sepatutnya tak wujud sama sekali kerana ia hanya akan meruntuhkan tapak binaan yang susah payah dipertahankan. Temboknya kelihatan kukuh tapi sayang, bahan yang diguna untuk membina tembok itu hanya polistren. Satu halusinasi dan dilusi yang dicipta(atau secara tak sengaja tercipta) untuk mengaburi mata pemerhati luar.
Kedua, isu air dan minyak yang merupakan kesinambungan daripada isu bulu. Sang elitis dan sang marhaen sedikit sebanyak pasti sedar bahawa mereka sebenarnya sedang mengotori Dataran itu sendiri. Seperti air dan minyak, saling berkongsi bekas tapi tidak bercampur. Itu contoh terbaik untuk menggambarkan situasi yang sedang berlaku.
Berkongsi tapak binaan dan ruang Dataran tapi terdapat satu dinding halimunan yang memisahkan kedua dua kumpulan ini daripada bersatu. Soalnya, bagaimana untuk sang elitis dan sang marhaen hendak menyelesaikan isu ini? Adakah dengan melepas tangan atau buat bodoh akan menjamin tak akan timbulnya masalah? Hal ini saya serahkan sendiri kepada anda dan anda untuk memikirkannya.
Hanya berpaksikan kesedaran sahaja tak cukup. Langkah susulan perlu diambil untuk menyelesaikan masalah air dan minyak ini. Perlu untuk menukar air dan minyak ini menjadi seperti teh dan susu. Apabila dicampur, akan membentuk satu cecair baru dengan sensasi yang lebih mengujakan. Lebih manis dan pekat. Sedap!
Jadi, saya berharap agar bulu bulu yang bersepah, air dan minyak yang tumpah dibersihkan dengan secepat mungkin. Jangan biarkan Dataran terus kotor dengan sisa sisa pejal atau cair ini lagi. Biar jerih, asal bersih!
Disclaimer : Artikel ini ditulis setelah lawatan sambil belajar dibuat pada hari Ahad, 22 April yang lalu bersamaan dengan hari ke-9 pendudukan sang elitis dan sang marhaen di Dataran Merdeka. Sebarang perkaitan langsung yang boleh menjurus kepada perselisihan atau ketidakpuasan hati yang mungkin berlaku kepada pihak tertentu adalah bukan di bawah tanggungjawab penulis. Sekian, harap maklum.

bulu? macam-macam jenis bulu...ada bulu idong, ada bulu dada, ada bulu kaki, ada bulu puki, ada bulu kote, ada bulu jubo....pendek kata bermacam bululah yang ada. bentuk dan warna pon pelbagai juga...lurus, keriting, hitam, coklat, perang, berketak-ketak....macam-macam. bulu yang mana satukah yang dimaksudkan oleh sang penulis?
BalasPadam